DARIPADA 77 atlet yang dipilih berada dalam Program Road to London 2012, terdapat 8 pemain badminton.
Selain daripada badminton, sukan lumba basikal, terjun, memanah, menembak, bola sepak dan hoki juga disenaraikan.
Daripada senarai yang dinamakan ini kita boleh memahami bahawa Road to London bukan lagi hanya diisi oleh atlet yang mempunyai prospek memenangi pingat khususnya pingat emas.
Namun ia dilebarkan bidangnya dengan memasukkan juga sukan yang lebih fokus untuk layak bertanding pada sukan berkenaan.
Sukan ini ialah bola sepak dan hoki yang masing- masing dianggotai oleh seramai 25 orang pemain. Kedua-dua sukan ini lebih menjurus kepada usaha melayakkan diri dan keupayaan memenangi pingat saya kira bukan menjadi tujuan utama walaupun ia mungkin berlaku.
Datuk Lee Chong Wei dianggap mempunyai peluang yang paling baik untuk memenangi acara perseorangan Kejohanan Dunia yang berlangsung di London minggu lalu.
Beliau digambarkan akan berjaya menamatkan penantian 34 tahun serta menjadi pemain pertama negara menjuarai kejohanan tersebut. Selain daripada menjadi juara Olimpik, Kejohanan Dunia adalah dua pertandingan utama yang masih belum menjadi miliknya.
Sebagai mana yang diketahui beliau gagal mengalahkan lawan utamanya Lin Dan dalam tiga permainan.
Kita boleh mententeramkan perasaan kita dengan mengatakan bahawa jurang di antara Lin Dan dengan Lee Chong Wei sudah berjaya dirapatkan. Dalam sukan, ia tidak memberi apa-apa makna kerana pokoknya juara dunia masih lagi belum berjaya dimiliki oleh jaguh badminton negara kita.
Lee Chong Wei telah menukar jurulatihnya dan telah memenangi hampir semua kejohanan badminton yang disertainya pada tahun ini. Kejayaan tersebut seolah - olah mengiyakan bahawa tindakannya meninggalkan Misbun adalah tepat sekali kerana Misbun dikatakan gagal membawa anak didiknya memenangi kejohanan utama iaitu Sukan Olimpik dan Kejohanan Dunia.
Sebenarnya Lee Chong Wei patut berterima kasih kepada Lin Dan kerana tidak bertanding dalam semua kejohanan yang ada. Ini membolehkannya menjadi juara dan memungut hadiah wang tunai yang lumayan.
Sistem pengurusan di negara China membolehkan Lin Dan memilih kejohanan yang hendak disertainya tanpa merugikan beliau dari segi imbuhan kewangan.
Di negara kita Lee Chong Wei akan kehilangan wang hadiah kemenangan kalau beliau tidak menyertai kejohanan yang terdapat dalam kalendar badminton dunia oleh kerana negara kita tidak memberi apa-apa imbuhan gantian sekiranya beliau tidak menyertai pertandingan tersebut.
UTUSAN MALAYSIA

No comments:
Post a Comment