Kuala Lumpur: Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen Ogos ini tidak
berada dalam senarai jurulatih beregu lelaki negara, Pang Cheh Chang
malah beliau mempunyai sasaran lebih besar iaitu Sukan Olimpik 2016 Rio.
Bekas pemain kebangsaan itu berkata, beliau tidak bimbang dengan eksperimen yang dilakukannya sekarang iaitu sering menukar pasangan beregu lelaki, yang boleh menjejaskan persefahaman pemain yang sudah melayakkan diri ke kejohanan itu.
“Ia memerlukan jumlah kutipan mata tinggi untuk ke Sukan Olimpik dan sekarang bila digabung dengan mata Piala Thomas serta beberapa kejohanan lain, saya sudah membuat pengiraan bagaimana untuk memastikan pemain kita layak beraksi di Rio de Janeiro,” katanya.
Jelasnya, awal tahun depan kejohanan utama hanya bermula pada Mac dan selepas itu beliau hanya mempunyai dua tahun untuk memastikan beregu lelaki bukan saja layak, tapi beraksi cemerlang di Olimpik.
“Bagi mencapai apa yang saya sasarkan itu, ia perlu bermula dari sekarang, selepas Kejohanan Dunia ini misi saya adalah memastikan pemain mengumpul mata untuk ke Olimpik.
“Empat pemain Tan Boon Heong, Hoon Thien How, Tan Wee Kiong dan Goh V Shem, malah Lim Khim Wah berpeluang untuk beraksi di Olimpik, sekurang-kurangnya saya perlu mempunyai tiga pasangan beregu lelaki.
“Ini sangat penting untuk mempunyai empat atau lima pemain yang mantap kalau ada seorang yang cedera teruk masih ada pemain yang kompetitif boleh beraksi.
“Setakat ini permainan mereka sangat bagus cuma masih belum menang kejohanan saja, mereka perlu bersaing untuk menjadi pasangan beregu lelaki utama, pemain lawan juga sudah nampak mereka mampu memberi tekanan,” Cheh Chang berkata, sebelum ini pasangan lawan mudah memungut mata, tapi kini tidak lagi semudah dulu, malah ada yang bergelut untuk menang.
“Cuma kini Khim Wah agak kurang konsisten, permainannya ada naik dan turun dan saya mahu dia bersaing dan melihat bekas pasangannya sekarang, V Shem yang mendapat gandingan lebih baik.
“Saya mahu dia jadi macam Hendra Setiawan yang sentiasa memberikan yang terbaik ketika bergandingan dengan pemain lebih muda, Mohammad Ahsan dan cuba untuk mara serta memenangi pingat Sukan Olimpik,” katanya.
Arena - Harian Metro

No comments:
Post a Comment