KUALA LUMPUR - Misi emas pertama pada Sukan Olimpik 2012 London terus disemarakkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang berjanji untuk melakukan apa sahaja buat pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei.
Presiden BAM, Datuk Nadzmi Mohd. Salleh, berkata, tahun ini kalendar badminton negara sibuk dengan Terbuka Malaysia, Piala Thomas dan All England namun tumpuan utama tetap diletakkan dalam Sukan Olimpik.
"Sasaran kita merebut peluang keemasan ini dengan memenangi pingat emas pertama negara di temasya tersebut, jadi ia menjadi tanggungjawab kita usaha sedaya upaya untuk meraihnya," katanya selepas melakukan kunjungan hormat ke kediaman isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor di sini, semalam.
Jelasnya, semua pihak perlu bersama-sama membantu pemain No. 1 satu dunia itu, untuk merealisasikan impian Malaysia meraih pingat emas pertama pada Olimpik, selepas gagal melakukannya pada 2008 di Beijing.
"Kita akan berbincang dengan Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk merencana strategi baru buat Chong Wei dalam tempoh lima atau enam bulan sebelum Sukan Olimpik.
"Ini untuk membolehkan Chong Wei lebih bersedia menghadapi sesiapa sahaja lawannya di temasya tersebut," kata Nadzmi.
Sementara itu, Nadzmi berkata, BAM telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak termasuk Kementerian Kerja Raya bagi mempercepatkan pembinaan Akademi Badminton Kebangsaan yang tertangguh beberapa kali.
"Kita terlewat sedikit kerana tapak yang diberikan kepada BAM telah bertukar beberapa kali menyebabkan perbelanjaan melebihi peruntukan asal," katanya.
Pada 2008, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri mengumumkan pembinaan akademi tersebut dengan peruntukan RM24 juta.
Oleh FERZAlFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

No comments:
Post a Comment