Monday, August 18, 2008

Chong Wei, Lin Dan jumpa di final


REAKSI Lee Chong Wei setelah menumpaskan Lee Hyun-il dari Korea, 21-18, 13-21, 21-13 , di Gelanggang Badminton Olimpik Beijing, petang semalam. - Foto AP

BEIJING: Pemain utama negara, Lee Chong Wei, mengesahkan pingat untuk negara pada Sukan Olimpik kali ini apabila mara ke perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki, semalam.

Chong Wei mencipta sejarah pemain perseorangan pertama negara layak ke pertembungan kemuncak itu selepas menewaskan lawan dari Korea Selatan, Lee Hyun-Il 21-18, 13-21, 21-13 pada pertemuan sengit separuh akhir yang berlangsung selama 62 minit.

Dalam perlawanan akhir malam esok, Chong Wei akan bertemu Lin Dan dari China yang menewaskan rakan senegara, Chen Jin 21-12, 21-18 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Ia sekali gus mengatasi pencapaian Rashid Sidek yang meraih gangsa acara sama pada Sukan Olimpik 1996 di Atlanta.

Malah, kemaraan ke final menjamin Chong Wei sekurang-kurangnya menyamai pencapaian terbaik negara - pingat perak - menerusi beregu, Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock, 12 tahun lalu.

BH

No comments: