lukmsal@bharian.com.my
JOGAAN: Azizulhasni galas harapan skuad basikal negara. |
Bukan badminton saja yang mampu gegar
KETIKA badminton dilihat satu-satunya acara yang mampu membutirkan pingat untuk negara di Sukan Olimpik Beijing, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak menolak kemungkinan tiga lagi sukan berkemampuan mencipta kejutan - apatah lagi habuan RM1 juta dijanjikan untuk pemenang emas mampu menjulang aksi luar biasa daripada atlit negara.
Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi, berkata selain badminton, sukan lumba basikal, memanah dan taekwondo juga mempunyai harapan untuk menyumbang pingat.
"Empat sukan ini mempunyai harapan memenangi pingat," kata Kok Chi. "Kita hanya boleh meramal berdasarkan kepada prestasi semasa atlit dan kita tidak boleh berkata dengan pasti mereka akan menang pingat kerana sesiapa pun tidak boleh berkata mereka pasti memenangi pingat.
"Badminton memang tidak dinafikan keupayaan mereka terutama sekali dalam acara beregu apabila hanya ada undian 16 pasangan yang menjadikan harapan untuk pingat agak mudah.
"Tetapi lumba basikal, memanah dan taekwondo juga menunjukkan peningkatan hingga meletakkan mereka dalam jangkauan untuk menggenggam pingat tetapi kita hanya boleh membuat ramalan bukannya menyatakan secara muktamad," kata Kok Chi.
Jika badminton, peluang terletak kepada perseorangan Lee Chong Wei dan dua beregu lelaki - Choong Tan Fook-Lee Wan dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong - Kok Chi mempertaruhkan trio ujian masa lelaki - Azizulhasni Awang, Josiah Ng dan Rizal Tisin.
"Bagi saya, sekalipun Azizulhasni menunjukkan pencapaian luar biasa pecut individu, tetapi saya lebih berkeyakinan kepada kemampuan dalam acara pecut berpasukan yang turut menggandingkan Josiah dan Rizal," kata Kok Chi. "Ini kerana dalam acara berpasukan, setiap negara hanya menurunkan satu pasukan.
"Justeru, harapan memenangi pingat agak terbuka. Begitu juga dengan memanah dan berdasarkan kepada prestasi cemerlang trio memanah lelaki dalam kejohanan yang disertai mereka berkemampuan untuk mencabar pingat.
No comments:
Post a Comment