niera@bharian.com.my
SANDARAN: Mun Yee yakin sasaran separuh akhir Olimpik dapat dicapai dalam penampilan Olimpik ketiganya. |
Atlit terjun negara tekad tebus kesilapan di Athens KEMATANGAN dan pengalaman beraksi dalam dua kejohanan Olimpik sebelum ini memberi keyakinan kepada penerjun senior negara, Leong Mun Yee untuk berusaha melayakkan diri sekurang-kurangnya ke separuh akhir saingan di Beijing, bulan depan.
Sekalipun, dilihat sukar tetapi bagi atlit kelahiran Ipoh, Perak, sasaran itu tidak mustahil dicapai sekiranya dia mampu mengekalkan aksi dan memberi tumpuan penuh dalam penampilan ketiganya di Olimpik, berbekalkan dua pengalaman di Sydney (2000) dan Athens (2004).
"Saya yakin sekiranya dapat melakukan terjunan yang bagus, saya mampu mara ke separuh akhir. Itu sasaran saya sekalipun tidak pernah mencapainya.
"Cuma cabaran utama yang kerap membuatkan saya tergelincir daripada landasan kemenangan adalah konsistensi - kesilapan pada 2004 yang perlu saya atasi terlebih dulu," katanya yang kini menjalani latihan di China sehingga 25 Julai ini.
Sebanyak lapan pingat emas dipertandingkan pada acara terjun yang dijadual berlangsung di Pusat Akuatik Kebangsaan mulai 9 hingga 23 Ogos.
Selain Mun Yee, tiga atlit negara turut layak ke Beijing termasuk pasangannya dalam acara terjun papan anjal serentak 3 meter, Elizabeth Jimie yang turut bersaing dalam acara individu.
| LAYAK: Mun Yee menduduki tempat ketujuh acara 3m papan anjal sewaktu kejohanan kelayakan Olimpik, Februari lalu. |
Penyertaan tiga penerjun wanita itu disahkan Persekutuan Akuatik Antarabangsa (Fina) pada Mac lalu selepas Mun Yee dan Elizabeth masing-masing menduduki tempat ketujuh dan kelima dalam acara 3m papan anjal, manakala Pandalela - keenam (10m platform), sewaktu kejohanan kelayakan Olimpik, Februari lalu
Di Athens, Mun Yee sekadar menamatkan saingan acara 10m platform di tempat ke-21 manakala kedudukan ke-26 dalam acara 3m papan anjal, sekalipun berjaya memperbaiki persembahan aksi sulung Olimpik di Sydney pada 2000.
No comments:
Post a Comment