Pamg Joheng dan Hartini Lamim diterbangkan khas dari Kuching oleh syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines (MAS) untuk menyambut ketibaan anak gadis mereka yang berusia 19 tahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), selepas melakar sejarah sebagai atlet wanita pertama Malaysia meraih pingat di temasya Olimpik.
Namun di sebalik kejayaan itu, Pandelela tetap tidak lupa diri apabila beliau berkata: "Walaupun saya berjaya meraih pingat di Sukan Olimpik, saya akan tetap merendah diri sampai bila-bila."
Lebih 200 peminat dan pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil menyambut ketibaan ratu terjun itu kira-kira 7.50 pagi di KLIA, yang pulang dari London melalui penerbangan MH003 menggunakan pesawat terkini MAS, Airbus A380.
"Saya ucap terima kasih kepada semua yang ada di sini hari ini. Saya terharu dengan sambutan yang diberikan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang menyokong termasuk ahli keluarga," kata Pandelela.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment