Monday, March 19, 2012

Beng Hai serah nasib kepada MHC


DUBLIN, Ireland - Jurulatih skuad hoki kebangsaan, Tai Beng Hai (gambar) menyerahkan nasibnya kepada Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) selepas gagal membawa pasukan negara melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2012 kelmarin.

Dalam masa yang sama dua tonggak senior, Azlan Misron dan Mohd. Amin Rahim memberi bayangan akan berundur selepas lebih sedekad menyarung jersi kebangsaan tetapi masih tidak pernah merasai nikmat bermain di Olimpik.

Menurut Beng Hai, sebagai jurulatih, beliau akur terhadap apa sahaja keputusan yang bakal diambil berhubung dengan kegagalan layak ke London.

"Saya tidak mempunyai masalah untuk menerima keputusan yang bakal diambil ke atas saya berikutan kegagalan pasukan negara layak ke Sukan Olimpik.

"Ini tanggung jawab saya terhadap keputusan yang melibatkan pasukan hoki kita dalam kejohanan ini," katanya di sini.



- UTUSAN

No comments: