KUALA LUMPUR - Harapan bekas juara kebangsaan China, Huang Qiang untuk merealisasikan impiannya beraksi pada Sukan Olimpik sebagai rakyat Malaysia hampir tercapai apabila dia membentuk kombinasi mantap dengan Bryan Nickson Lomas untuk layak ke peringkat akhir Piala Dunia FINA ke-18 di London, semalam.
Huang, 30, yang membuat penampilan kompetitif buat kali pertama sejak 2006, belum hilang sentuhan lamanya, malah hebat berganding dengan Bryan untuk menamatkan pusingan awal acara 3m papan anjal seirama yang berlangsung di venue Olimpik iaitu Pusat Akuatik London, di tempat kelima daripada 20 pasangan bertanding.
Sejumlah 12 pasangan terbaik layak ke final yang dilangsungkan pada sebelah malam waktu London. Jika Bryan dan Huang dapat terus mengekalkan persembahan mereka, maka Malaysia akan mengesahkan satu lagi tiket ke Olimpik.
Lebih manis, ia bakal merupakan kelayakan sulung Malaysia dalam acara seirama pada temasya sukan terbesar dunia itu.
Seperti diduga, pusingan awal dikuasai pasangan juara dunia dari China, Qin Kai-Lui Yutong dengan kutipan 445.49 mata, jauh meninggalkan lain-lain pencabar termasuk Alexandre Despatie-Reuben Ross dari Kanada (419.58) dan Patrick Hausding-Stephen Feck dari Jerman (411.96).
Bryan-Huang, dengan 402.09 mata tidaklah begitu jauh dipisahkan dengan pasangan Amerika Syarika, Troy Dumais-Kristian Ipsen (USA), yang menduduki tempat keempat (411.90).
Adalah penting untuk Malaysia mengekalkan kedudukan di kelompok lima teratas kerana berdasarkan ranking pada pusingan awal, Bryan-Huang sebenarnya sudah layak.
Ini kerana China, Rusia dan Mexico yang sudah pun layak sebelum ini ketika Kejohanan Dunia di Shanghai tahun lalu, tidak akan lagi meraih kuota tambahan, justeru akan ada baki empat slot untuk direbut. Britain juga tidak akan diambil kira kerana telah diberi slot automatik selaku tuan rumah.
Ini bermakna, Malaysia perlu bersaing dengan AS, Jerman, Kanada, Ukraine dan Australia bagi mengisi empat tiket terakhir yang ditawarkan.
Oleh TAN MING WAI
tan.mingwai@utusan.com.my

No comments:
Post a Comment