PENEMBAK negara, Nur Suryani Mohamed Taibi kini mengalihkan tumpuan untuk menghadiahkan kilauan pingat di Sukan Olimpik London 2012, sekiranya berjaya menempah tiket ke temasya berprestij itu.
Selepas melakar kejayaan bergelar Olimpian Wanita Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Jumaat lalu, atlet berusia 29 tahun itu semakin bersemangat untuk melakukan yang terbaik untuk negara.
“Apapun terlebih dulu saya perlu berjaya di medan kelayakan ke London sebelum meletakkan sebarang sasaran.
“Tumpuan saya selepas ini, pastinya untuk tampil cemerlang di Kejohanan Menembak Asia di Doha, bulan depan yang menjadi medan terakhir melayakkan diri ke Olimpik. Kalau ada rezeki pasti takkan ke mana.
“Sekiranya berjaya melayakkan diri, sudah tentu saya ingin melakar kejayaan di London pula. Siapa yang enggan membawa pulang pingat emas? Saya akan berusaha melakukan yang terbaik,” katanya.
Kejayaan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu membidik dua emas dalam acara 50m rifle tiga posisi dan 10m air rifle pada temasya Sukan Sea Indonesia, bulan lalu, turut meyakinkan Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi terhadap kemampuannya ke Olimpik.
“Saya optimis Nur Suryani ada peluang ke Olimpik. Meskipun arena sukan menembak sukar untuk diramalkan tapi keyakinan saya itu bersandarkan prestasinya yang amat konsisten,” kata Kok Chi.
Sementara itu, Nur Suryani mengakui kejayaannya banyak didorong suaminya, Marhazli Mhotar.
“Kegembiraan mendirikan rumah tangga sejak Mac lalu banyak menyokong kejayaan ini. “Suami sentiasa memberi sokongan moral serta psikologi bagi membolehkan saya kekal fokus terutama ketika beraksi di lapangan menembak. “Daripada kehidupan seharian dan sokongannya (suami), saya adaptasikannya kepada sukan itu sendiri dan itulah membuatkan saya boleh memberi tumpuan lebih ketika beraksi.
“Syukur kerana rezeki saya tahun ini bertambah baik dan ia membuktikan hasil usaha saya sebelum ini membuahkan hasil,” katanya yang turut menerima Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) sebanyak RM15,000, minggu lalu.
Oleh Wan Noriza Meor Idris
wannoriza@nstp.com.my

No comments:
Post a Comment