Ini berikutan tanggungjawab Yap Kim Hock sebagai ketua jurulatih ketika ini berakhir sebaik tamat cabaran Sukan Olimpik Beijing iaitu sasaran yang diletakkan kepadanya.
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Nadzmi Salleh mengesahkan Rashid akan diserahkan tugas itu mengikut perancangan yang sudah dibuat sebelum ini.
“Program BAM sekarang adalah mengikut putaran Olimpik. Rashid sebelum ini diberi tugas melatih pemain dalam Program 2012 yang disasarkan untuk Sukan Olimpik London pada tahun itu.
“Kita harus memberi peluang kepada Rashid pula untuk membuktikan kemampuan dan keberkesanan programnya.
“Namun, mungkin ada sedikit perubahan dilakukan khususnya membabitkan pemain kerana kita mahu mereka yang benar-benar berkemampuan dikekalkan,” katanya selepas jamuan makan tengah hari dengan media Malaysia, semalam.
“Dia mempunyai kebolehan yang baik untuk melatih dan cukup dalam tugasnya. Biarpun bukan hanya faktor jurulatih boleh menentukan kejayaan pemain, saya percaya Jawatankuasa Kejurulatihan BAM bersetuju sumbangannya selama ini juga adalah cukup baik,” katanya.
Sebelum ini, Rexy yang mengakui bertanggungjawab atas kegagalan dua pasangan negara di Olimpik, menyerahkan kedudukannya kepada BAM apabila kontraknya berakhir pertengahan tahun depan.
BH
No comments:
Post a Comment