Tuesday, April 22, 2008

Larian obor Sukan Olimpik berjalan lancar

LARIAN obor Sukan Olimpik Beijing 2008 - yang melambangkan keazaman sejagat - berlangsung dengan penuh warna warni di Dataran Merdeka Kuala Lumpur, semalam, dengan beberapa kenamaan dan personaliti terkemuka mengambil bahagian mengarak obor berkenaan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob, yang hadir untuk menyaksikan larian obor itu gembira dengan sokongan meluas rakyat Malaysia serta puas hati dengan perjalanan acara ini tampak sebarang masalah.

"Setakat ini, yang sama nampak daripada awal lagi tiada masalah," kata Ismail Sabri, di Dataran Merdeka. "Larian obor ini mendapat sokongan meluas rakyat Malaysia dan ia menunjukkan bahawa rakyat negara ini sepenuhnya di belakang Sukan Olimpik."

Obor Sukan Olimpik Beijing tiba dari Bangkok awal pagi kelmarin, untuk peringkat ke-14 persinggahannya di Kuala Lumpur, yang menjadi simbol kepada keharmonian temasya ini yang akan dilangsungkan di Beijing, Ogos ini.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar dalam ucapannya berkata larian obor ini menandakan bermula temasya gilang gemilang dan semua pendudukan pelusuk dunia diajak untuk bersama-sama menjayakannya.

"Larian obor ini adalah satu acara yang unik," kata Tunku Imran. "Ia menjadi simbol kepada bermulanya sukan paling gemilang di dunia iaitu Sukan Olimpik dan larian obor ini juga mencerminkan perpaduan dan keamanan sejagat.

"MOM gembira Kuala Lumpur dipilih menjadi salah satu daripada 19 destinasi persinggahan larian obor Olimpik dan ia akan dapat menyemarakkan semangat Olimpik," katanya.

Larian obor ini yang bermula di Dataran Merdeka serta berakhir di KLCC, membabitkan sejumlah 80 pelari terdiri daripada orang kenamaan, personaliti terkemuka serta atlit.

Ia dimulakan Tunku Imran, selaku pelari pertama, yang diadakan mengelilingi Dataran Merdeka sebelum menyerahkannya kepada bekas Presiden MOM, Tan Sri Hamzah Abu Samah.

Antara kenamaan yang menyertai larian ialah Sultan Perak, Tuanku Azlan Shah, Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ab Hakim Borhan dan Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, Datuk Tony Fernandes.

BH

No comments: