Dalam larian terpanjang dalam sejarah acara ini, mereka akan disertai oleh wanita pertama Asia yang berjaya menakluki Kutub Utara dan Selatan, Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir dan bekas personaliti TV, Ras Adiba Radzi.
Mereka dipilih oleh pengeluar barangan elektrik yang juga penaja Olimpik 2008, Samsung kerana menjadi sumber inspirasi rakyat Malaysia atas sumbangan besar dan kesungguhan dalam karier masing-masing.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Samsung Malaysia Electronics, Min Yong Ho berkata: ‘‘Masing-masing mempunyai kisah luar biasa yang penuh inspirasi untuk disampaikan kepada umum malah mencerminkan nilai dan matlamat Sukan Olimpik.’’
Utusan
No comments:
Post a Comment