Pingat ini penting dalam kesuraman mencari pingat tambahan kepada pingat perak yang telah dimenangi oleh Datuk Lee Chong Wei.
Sekiranya pingat dari Pandelela tidak kesampaian saya rasa kontijen kita dan pemegang - pemegang amanah kepada kemajuan sukan negara akan menerima kritikan yang lebih teruk.
Pun begitu pingat dari Pandelela ini tidak dapat memenuhi sasaran yang telah diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebelum Sukan Olimpik London.
Beliau seawal tahun 2011 di majlis melancarkan 500 hari menuju Olimpik London telah menetapkan bahawa program Road To London (RTL) 2012 dianggap gagal sekiranya kontijen pulang tanpa emas.
Mungkin wartawan sukan tersalah faham kepada apa yang dimaksudkan oleh Menteri berkenaan kerana melaporkan sebagai berkata empat pingat emas mungkin boleh dimenangi oleh kontijen negara dan beliau menjuruskan bahawa pingat - pingat tersebut akan datang dari Datuk Lee Chong Wei, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong, Azizulhasni Awang dan Pandelela Rinong.
Beliau dilaporkan berkata bahawa semua pihak termasuk Kementerian Belia dan Sukan, MSN, ISN dan persatuan - persatuan sukan yang terlibat perlu bertanggungjawab sekiranya kontijen negara gagal menang pingat emas di London.
Oleh kerana kita gagal memenangi pingat emas daripada atlet dan sukan yang diletakkan harapan maka sudah tentulah misi program RTL 2012 dianggap gagal.
- UTUSAN
No comments:
Post a Comment