KUALA LUMPUR - Tidak ada khabar gembira pada hari kedua Piala Dunia Terjun FINA di London kelmarin dan paling mengecewakan adalah kegagalan Pandelela Rinong untuk layak ke peringkat akhir acara kegemarannya, 10m platform individu.
Pada aksi separuh akhir di Pusat Akuatik London itu, pemenang pingat emas Sukan Komanwel New Delhi 2010 tersebut sekadar mengutip 288.55 mata dan menamatkan saingan di tangga ke-16 daripada 18 peserta.
Malah pada pusingan awal sehari sebelumnya, dia juga hanya menduduki tempat ke-11.
Seorang lagi wakil negara, Traisy Vivien Tukiet yang telah mengesahkan tiket ke Olimpik, juga kurang menyerlah apabila menghuni tempat tercorot dengan catatan 280.55 mata.
Ia boleh dianggap persembahan terburuk Pandelela berdasarkan statusnya selaku penerjun ranking ketiga dunia dalam disiplin tersebut.
Sepanjang tahun lalu, dalam setiap kejohanan antarabangsa termasuk saingan elit seperti Siri Dunia, Pandelela tidak pernah gagal ke final dan tercicir daripada kelompok enam terbaik.
Mata yang diraihnya juga tidak akan kurang daripada 300 mata.
Kini timbul keraguan apakah ratu terjun kita itu mengalami kecederaan kerana seandainya benar, maka ia bakal menjejaskan peluang Malaysia dalam misi meraih tiket Olimpik dalam acara 10m platform seirama, yang mana Pandelela akan turun ke kolam bersama Leong Mun Yee pada pukul 2 petang waktu London (10 malam waktu tempatan) semalam.
Setiausaha Kehormat Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM), Edwin Chong bagaimanapun menjelaskan, Pandelela tidak mengalami sebarang kecederaan, malah pada masa sama menegaskan, prestasi hambarnya tidak ada sebab untuk dibimbangkan.
"Pandelela telah pun layak ke Olimpik dalam acara individu, jadi ia bukan acara tumpuannya.
"Sebaliknya, misi utama di London minggu ini adalah membantu Malaysia meraih dua kuota dalam acara seirama (3m papan anjal bersama Cheong Jun Hoong dan 10m platform).
"Adalah memadai untuknya menggunakan acara individu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di sekitar venue pertandingan.
"Acara 10m platform seirama yang dia akan turun dengan Mun Yee dijadualkan pada keesokan, malahan kedua-dua pusingan awal dan final berlangsung pada hari yang sama.
"Kami tidak mahu dia turun ke kolam dalam keadaan dihantui keletihan," katanya.
Sementara itu, cabaran negara dalam acara 3m papan anjal individu lelaki berakhir kelmarin apabila penerjun veteran, Yeoh Ken Nee terkandas seawal pusingan saringan.
Ken Nee hanya menduduki tangga ke-25 daripada 59 penerjun dan gagal ke separuh akhir (18 peserta teratas layak). Bagaimanapun, ia tidak menjejaskan apa-apa kerana Ken Nee sudah pun mengesahkan tiket ke Olimpik.
Oleh TAN MING WAI
tan.mingwai@utusan.com.my

No comments:
Post a Comment