KETUA jurulatih berbasikal negara, John Beasley bakal berdepan dilema untuk memilih siapakah antara Azizulhasni Awang dan Josiah Ng yang lebih layak beraksi di Sukan Olimpik, London, Ogos ini.
Kejayaan Josiah meraih emas di Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) dalam acara keirin merapatkan lagi jurang perbezaan mata antaranya dan Azizul dengan hanya satu pelumba terpilih beraksi di London.
Biarpun berjaya membawa pulang tiga emas di ACC yang melabuh tirainya kelmarin, satu kejayaan yang bermakna buat Beasley, beliau bagaimanapun harus membuat pilihan di antara dua pelumba itu.
“Saya puas hati dengan pencapaian tiga emas diraih pelumba negara. Sejak menjadi jurulatih, ini adalah emas terbanyak diperoleh dalam acara pilihan kita, iaitu keirin.
“Lebih bertuah, kita berjaya meraihnya dalam kedua-dua kategori lelaki dan wanita menerusi Fatehah Mustapa dan sekarang orang sudah tahu taraf kualiti pelumba negara.
“Mereka membuktikan kemampuan di tempat sendiri dan orang ramai kini akan dapat melihat peningkatan pelumba negara yang sememangnya bertaraf dunia,” katanya.
Tiga emas di ACC dihadiahkan Muhammad Edrus Md Yunos dalam acara 1 kilometer ujian masa, selain Josiah dan Fatehah dalam acara keirin. Namun, belum tiba masanya untuk beliau mengumumkan siapakah antara Azizul dan Josiah yang akan mengalas tugas negara di Olimpik.
“Mereka termasuk Fatehah akan pergi ke London. Tapi siapakah yang akan dipilih mewakili negara hanya akan diputuskan di Olimpik.
“Saya tidak mempunyai pelumba pilihan dan akan umumkan pada saat akhir kerana Azizul dan Josiah masih lagi mempunyai masa dan beberapa lagi kejohanan di Jerman sebelum Olimpik London,” katanya.
Sementara itu bagi Josiah, pemenang pingat emas Sukan Komanwel New Delhi, sama ada dia atau Azizul yang bakal terpilih tidak menjadi persoalan, yang pasti siapa yang terpilih akan memberikan yang terbaik.
Katanya, beliau akan membuat keputusan dengan yang terbaik akan mewakili negara.
HARIAN METRO
Kejayaan Josiah meraih emas di Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) dalam acara keirin merapatkan lagi jurang perbezaan mata antaranya dan Azizul dengan hanya satu pelumba terpilih beraksi di London.
Biarpun berjaya membawa pulang tiga emas di ACC yang melabuh tirainya kelmarin, satu kejayaan yang bermakna buat Beasley, beliau bagaimanapun harus membuat pilihan di antara dua pelumba itu.
“Saya puas hati dengan pencapaian tiga emas diraih pelumba negara. Sejak menjadi jurulatih, ini adalah emas terbanyak diperoleh dalam acara pilihan kita, iaitu keirin.
“Lebih bertuah, kita berjaya meraihnya dalam kedua-dua kategori lelaki dan wanita menerusi Fatehah Mustapa dan sekarang orang sudah tahu taraf kualiti pelumba negara.
“Mereka membuktikan kemampuan di tempat sendiri dan orang ramai kini akan dapat melihat peningkatan pelumba negara yang sememangnya bertaraf dunia,” katanya.
Tiga emas di ACC dihadiahkan Muhammad Edrus Md Yunos dalam acara 1 kilometer ujian masa, selain Josiah dan Fatehah dalam acara keirin. Namun, belum tiba masanya untuk beliau mengumumkan siapakah antara Azizul dan Josiah yang akan mengalas tugas negara di Olimpik.
“Mereka termasuk Fatehah akan pergi ke London. Tapi siapakah yang akan dipilih mewakili negara hanya akan diputuskan di Olimpik.
Sementara itu bagi Josiah, pemenang pingat emas Sukan Komanwel New Delhi, sama ada dia atau Azizul yang bakal terpilih tidak menjadi persoalan, yang pasti siapa yang terpilih akan memberikan yang terbaik.
Katanya, beliau akan membuat keputusan dengan yang terbaik akan mewakili negara.
HARIAN METRO

No comments:
Post a Comment