MESKIPUN bahang ke saingan kelayakan terakhir Olimpik 2012 sudah mula dirasai skuad terjun tetapi Kesatuan Renang Amatur Malaysia (Asum) boleh menarik nafas lega apabila renang hanya akan diadakan pada Mei.
Dengan saingan kelayakan skuad terjun diadakan Februari ini, Asum menyifatkan jurang waktu itu sebagai tempoh terbaik buat persediaan anak emas mereka, Daniel Bego (gambar) pulih sepenuhnya.
Tempoh ini disifatkan landasan terbaik bagi Daniel berdepan saingan ke medan lebih penting, Olimpik di London, selepas melayakkan diri dalam tiga acara di Beijing 2008.
“Setakat ini Daniel semakin pulih, tiada masalah susulan dan dia menjalani latihan ringan setiap hari. Saya yakin berbekal latihan serta penjagaan rapi dan fisioterapi, dia (Daniel) mampu melepasi kelayakan ke Olimpik.
“Malah, kami juga masih belum menetapkan sebarang kejohanan untuknya tahun depan. Setakat ini, mungkin semua saingan setakat dalam negeri saja,” kata Setiausaha Kehormat Asum, Edwin Chong.
Daniel, 21, yang juga penyumbang pingat emas terbanyak negara di temasya Sukan Sea Laos dua tahun lalu terpaksa disisihkan saat akhir dari beraksi di Indonesia, bulan lalu kerana dikhuatiri menjejaskan pemulihan bahunya yang baru dibedah.
aguh renang yang meraih lima pingat emas di Laos itu mengalami masalah ‘Hook Acromium’ sejak tiga tahun lalu yang menyebabkan tulang di atas bahunya menyekat kuakan penuh 360 darjah hingga menghalangnya melakukan catatan masa lebih pantas. Dia menjalani dua pembedahan bahu kiri April dan Mei lalu.
“Meskipun keadaannya beransur pulih dan pembedahan di kedua-dua bahu agak memakan masa tapi saya yakin Daniel mampu melepasinya kerana dia adalah atlet yang tabah dan mempunyai semangat juang tinggi,” katanya.
HARIAN METRO

No comments:
Post a Comment