KUALA LUMPUR - Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) yakin Malaysia mampu menyambar sekurang-kurangnya satu daripada empat slot Olimpik 2012 pada Kejohanan Terjun Piala Asia di Pusat Akuatik Nasional, 25-27 September ini.
Sebanyak 10 acara dipertandingkan, namun hanya empat tiket ke London ditawarkan untuk pemenang acara individu 10m platform dan 3m papan anjal (lelaki dan wanita)
Enam lagi acara ialah 1m papan anjal 3m papan anjal seirama dan 10m platform seirama (kesemuanya lelaki dan wanita).
Setiausaha ASUM, Edwin Chong berkata, tujuh negara termasuk Malaysia telah mengesahkan penyertaan pada kejohanan edisi keempat itu.
"Selain kita, negara-negara lain ialah China, Indonesia, Singapura, Bangladesh, Hong Kong dan Macao," katanya.
"China menghantar 12 penerjun, tetapi kesemuanya adalah penerjun pelapis. Mereka tidak menghantar juara Dunia dan Olimpik kerana kesemua tiket Olimpik sudah pun diraih.
"Barisan pelapisnya tidak boleh dipandang remeh. Ini kerana skuad terjun China terdiri daripada 50-60 penerjun, mereka tidak pernah ketandusan bakat," katanya semalam.
Edwin percaya Malaysia berpeluang menyambar satu slot menerusi penerjun veteran, Yeoh Ken Nee dalam acara 3m papan anjal atau mungkin ada kejutan dari acara lain.
"Kita juga boleh mengharapkan Leong Mun Yee dan Bryan Nickson dalam 10m platform," ujarnya.

No comments:
Post a Comment