KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong mengajak atlet negara yang sudah layak ke Sukan Olimpik London membiasakan diri terlebih dulu dengan latihan dan ujian bertanding dalam bulan puasa tahun ini, memandangkan temasya 2012 turut akan berlangsung pada Ramadan.
Katanya, ia terpulang kepada atlet berkenaan sama ada mahu meneruskan puasa mereka apabila beraksi di pentas Olimpik nanti walaupun beliau secara peribadi menganggap bersukan juga satu perjuangan dan ada ketikanya ibadat itu dibolehkan untuk digantikan pada waktu lain.
Atlet Muslim dari negara Islam termasuk Malaysia bakal bertanding dalam keadaan diri mereka turut berpuasa memandangkan Sukan Olimpik London 2012 berlangsung dari 27 Julai hingga 12 Ogos, ketika rukun Islam ketiga itu dijalani umat Islam di seluruh dunia bagi tahun 1433 Hijrah dari 20 Julai hingga 18 Ogos.
"Sepatutnya ia tidak akan menjadi masalah besar jika kita membiasakan diri dengan mencuba terlebih dulu latihan pada bulan puasa ini. Sebagai langkah awal, dua pemanah yang telah layak ke Olimpik London, Haziq Kamaruddin dan Khairul Anuar Mohammad kini diarah supaya melakukannya.
"Saya rasa bersukan ketika berpuasa juga mampu menjadikan atlet lebih fokus kepada aksi mereka di gelanggang. Bukan atlet Malaysia sahaja yang terlibat dalam Olimpik ketika bulan puasa tahun depan bahkan ramai lagi dari negara Arab dan Islam lain yang akan turut mengalaminya.
"Namun ia masih jadi hak masing-masing untuk terus berpuasa atau tidak apabila bertanding nanti. Cuma kita mungkin menasihatkan supaya mereka lebihkan pengambilan air ketika bersahur bagi mencegah dehidrasi (kehilangan banyak cecair daripada badan) sehingga mudah keletihan," katanya.
Haziq dan Khairul Anuar merupakan dua atlet negara yang menempah tiket ke Olimpik 2012 di samping Cheng Chu Sian menerusi pencapaian pada Kejohanan Memanah Dunia di Turin, Itali, bulan lalu.
Dua lagi slot daripada sukan terjun, Pandelela Rinong Pamg dan Bryan Nickson Lomas.
Sebelum ini beberapa atlet negara yang beragama Islam beraksi pada Paralimpik Ke-13 di Beijing, China 2008 dan Sukan Olimpik Belia Pertama di Singapura, tahun lalu yang turut berlangsung dalam bulan Ramadan selain bakal ke Sukan Universiti Dunia di Shenzhen, China dari 12 hingga 23 Ogos ini.
UTUSAN MALAYSIA

No comments:
Post a Comment