BERGU utama negara, Tan Boon Heong (kanan) dan Koo Kien Keat ketika sesi latihan di Kuala Lumpur, menjelang Olimpik Beijing. - Foto AP
'Saya mahu melihat kedua-dua beregu utama negara ke akhir'
IMPIAN jurulatih beregu negara, Rexy Mainaky di Sukan Olimpik Beijing adalah untuk melihat dua pasangan utama negara � Choong Tan Fook-Lee Wan Wah dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong mara ke perlawanan akhir beregu lelaki.
Walaupun tampak sukar, Rexy berasa ia bukan sesuatu yang mustahil untuk direalisasikan dua pasangan utama negara itu sekiranya keazaman yang dipamerkan dalam latihan kini mampu diterjemahkan ketika waktu pertandingan.
Tan Fook-Wan Wah diundi berdepan beregu kedua Korea Selatan, Lee Jae-jin- Hwang Ji-man di pusingan pertama manakala Kien Keat-Boon Heong bakal berdepan pasangan Jepun, Sakamoto Suichi- Ikeda Shintaro.
"Tiada sebab mengapa mereka tidak mampu melakukannya. Jika dilihat pada undian kedua-dua beregu itu berada pada laluan berbeza dan ini sebenarnya merintis kemungkinan untuk mereka bertemu di perlawanan akhir.
"Apa yang penting ialah mereka harus mempamerkan kesungguhan yang ditunjukkan ketika latihan apabila beraksi di Beijing nanti.
| JURULATIH beregu negara, Rexy Mainaky. |
"Saya mempunyai keyakinan terhadap pemain-pemain saya dan saya mahu melihat kedua-dua beregu utama negara melangkah ke perlawanan akhir kerana ia pasti menjamin pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik," kata Rexy.
Rexy turut mengingatkan pemain negara untuk tidak terlalu memikirkan tentang lawan yang bakal menanti di Beijing, kerana apa yang penting baginya adalah pemain menumpukan perhatian terhadap permainan sendiri.
"Saya sebenarnya sudah mengkaji situasi kemerosotan Kien Keat-Boon Heong, ketika mereka memenangi pingat emas Sukan Asia 2006 dan juga Seluruh England 2007. Mereka hanya memberi tumpuan terhadap permainan mereka.
"Kini saya mahu kedua-dua beregu itu untuk kembali menumpukan perhatian terhadap permainan sendiri ketika beraksi tanpa berasa risau terhadap lawan. Saya percaya pendekatan ini akan mampu menyumbang kejayaan mereka nanti.
| PEMAIN bergu pertama negara, Choong Tan Fook (kanan) dan Lee Wan Wah ketika sesi latihan di Kuala Lumpur, menjelang Olimpik Beijing. - Foto AP |
Selaku bekas pemenang pingat emas Sukan Olimpik 1996, Rexy lebih mengetahui ramuan rahsia untuk menjadi seorang juara Olimpik. Segala curahan pengalamannya tidak harus dipersia-siakan pemain negara dalam usaha memburu kilauan emas pertama kontinjen negara
Berita Harian
No comments:
Post a Comment