![]() |
| HafIZ Hashim (tengah) membaca ucapan kata-kata semangat kepada rakan-rakannya selepas sesi latihan di Stadium Juara, Bukit Kiara, semalam. |
Katanya, laporan positif adalah sangat-sangat diperlukan kepada semua pemain dalam meningkatkan keyakinan dan ketenangan jiwa menjelang Sukan Olimpik Beijing.
"Saya amat berharap media-media di negara ini dapat memberi laporan-laporan positif dan bukannya perkara negatif yang boleh memberi tekanan kepada pemain-pemain skuad Olimpik ini.
"Ini adalah peranan utama media untuk membangkitkan keyakinan dan semangat juang yang tinggi di kalangan pemain untuk mencapai kejayaan di sana nanti," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini semalam.
Kelmarin, kedatangan sekumpulan besar pihak media dan suasana latihan yang diibaratkan seperti 'pasar' benar-benar membangkitkan suasana kejohanan pada hari pertama latihan pusat di Stadium Juara, Bukit Kiara.
Malah, sebaik pemain melangkah masuk ke dalam stadium, suasana tidak ubah seperti temasya sebenar sedang berlangsung dengan poster serta kain rentang Olimpik Beijing terpampang di mana-mana.
Bagi Misbun Sidek, ini adalah 'gangguan' positif yang diperlukan oleh dua anak didiknya, Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo sebelum bertolak ke Beijing kerana beginilah suasana yang bakal dihadapi oleh mereka nanti.
Bagaimanapun Rexy berkata, soalan berbentuk sasaran negatif tidak perlulah ditanya kepada pemain, sebaliknya perkara itu biarlah menjadi 'rahsia' kepada pihak-pihak tertentu iaitu antara Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Majlis Sukan Negara (MSN), jurulatih dan pemain-pemain sendiri.
Katanya, soalan-soalan berbentuk sasaran sebenarnya akan memberi tekanan tinggi kepada pemain, yang mana mereka ini sangat memerlukan ketenangan untuk menghadapi temasya sukan terbesar dunia.
Tambahnya, dia juga berharap media tidak akan menemu bual pemain-pemain dengan soalan-soalan yang berbentuk negatif dan dia turut menasihatkan para pemain untuk tidak menjawab soalan negatif daripada media.
Menurut Rexy, skuad Olimpik negara kini sangat mengharapkan sokongan penuh daripada media dan orang ramai dalam membentuk jati diri tinggi, serta berfikiran positif.
Jelasnya, dalam tempoh dua minggu sebelum menjelangnya Sukan Olimpik Beijing, skuad badminton negara sedang diperkuatkan dengan persiapan psikologi dan mental.
"Fokus utama ketika ini adalah membina kekuatan psikologi yang tinggi di kalangan pemain dan menambah keyakinan yang mereka miliki ketika ini.
"Latihan taktikal tidak banyak dilalukan pada masa ini kerana ia telah dijalankan sejak tiga bulan yang lalu. Penumpuan masa ini adalah untuk meningkatkan ketahanan mental," katanya.
Ditanya mengenai persiapan dan latihan ketika ini, beliau berkata, semuanya berjalan dengan baik dan lancar.
Katanya, tidak ada masalah besar yang berlaku yang boleh menjejaskan persiapan negara.
Utusan Malaysia

No comments:
Post a Comment